Wednesday, 5 September 2012

KURSUS ALK

Ahli Lembaga Koperasi telah mengikuti beberapa kursus yang telah dianjurkan oleh ANGKASA dan Maktab Koperasi Malaysia. Salah satu kursus yang ikuti adalah Kursus Asas Membangunkan Blog yang diadakan di Bilik Siber Sebatik, Maktab Koperasi Malaysia, Kota Kinabalu. Seramai 17 orang peserta telah mengikuti kursus ini. Peserta belajar membangunkan blog, mengedit dan mengemaskini blog. Kursus ini telah memberi banyak manfaat kepada peserta kerana mereka boleh mengaplikasikan kaedah ini dalam mempromosi perniagaan, menyampaikan maklumat tentang kesihatan dan juga untuk menceritakan serta berkongsi pendapat secara peribadi.

Peserta Kursus Asas Membangunkan Blog



KURSUS PELAJAR

Kursus Tatacara Pengurusan Mesyuarat dan Minit (Sekolah) telah dijalankan pada 21hb Mac 2012 bertempat di Bilik Permata. Seramai 35 orang pelajar telah menyertai kursus ini. Kursus ini adalah untuk mengajar pelajar bagaimana hendak mengurus mesyuarat dan menyediakan minit yang betul. Semua Ahli Lembaga Koperasi telah bekerjasama untuk menjayakan kursus tersebut.

HARI KOPERASI SMK LABUAN 2012

Hari Koperasi SMK Labuan telah dijalankan pada 8hb Julai 2012. Berbagai pameran dan aktiviti telah diadakan. Beberapa agensi telah menyertai aktiviti pameran dan sebanyak 36 gerai telah mengambil bahagian dalam aktiviti jualan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti pertandingan PPKKS, permainan Petanque, pertandingan Karaoke, mewarna, melukis poster dan menulis karangan. Hari Koperasi ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Labuan, Puan Mistrine Radin. Pokok palma juga ditanam bagi menandakan perasmian tersebut.

Maskot semasa Hari Koperasi yang telah menarik minat para kanak-kanak untuk bergambar bersama.

Pertandingan mewarna yang diikuti oleh kanak-kanak yang berumur 4-12 tahun.

Suasana di gerai jualan.

Beberapa buah kereta terkini yang dipamerkan di "booth" pameran kereta.

Tuesday, 4 September 2012

AKTIVITI LAWATAN KOPERASI

Pada tahun 2011, Koperasi SMK Labuan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Koperasi SMK Takis, Papar, Sabah. Berbagai aktiviti telah dijalankan semasa lawatan tersebut. Aktiviti pertama adalah melihat monyet Proboscis dan kunang-kunang di Sungai Klias. Pada keesokan harinya, lawatan ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi dan UMS. Pada sebelah malam pula, aktiviti malam kebudayaan telah dijalankan. Pada hari terakhir lawatan, para peserta telah dibawa berjalan-jalan di Pekan Papar. Lawatan ini membawa banyak kebaikan kepada para peserta kerana ianya penuh dengan informasi tentang kraftangan, hidupan liar dan lain-lain lagi. Para peserta merasa sungguh seronok mendapat peluang melihat monyet Proboscis dan kunang-kunang yang berada di habitat semulajadinya.
Peserta lawatan melihat monyet proboscis dan kunang-kunang.
Gambar peserta dari Koperasi SMK Labuan Berhad.


Gambar bersama peserta Koperasi SMK Labuan Bhd dan Koperasi SMK Takis.

Sesi taklimat semasa melawat Taman Hidupan Liar Lok Kawi.

Monday, 3 September 2012

KOPERASI SMK LABUAN BERHAD

KOPERASI SMK LABUAN  BERHAD telah ditubuhkan pada 31 Oktober 1990 dan telah didaftarkan dengan angkasa : SB 0056 dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia RCS 484/90. Koperasi ini telah berkembang sebagai sebuah intiti yang banyak membantu sekolah khususnya pelajar dan guru yang menjadi anggota koperasi. Diperingkat negeri Sabah, koperasi SMK Labuan Bhd pernah menjuarai beberapa ketagori pertandingan dan anugerah. Antaranya , Anugerah Kualiti Koperasi Peringkat Negeri Sabah tahun 1999 dan 2007, Anugerah Pengurusan Kualiti Jabatan Pelajaran Labuan 2009, Anguerah Koperasi Lima Bintang (HKS) tahun 2007 dan 2008.

Hala tuju koperasi SMK Labuan adalah jelas iaitu menjadi sebuah koperasi yang dapat membantu ahli dan warga sekolah mencapai matlamat menjadi sebuah koperasi yang cemerlang. Selain itu koperasi ini sentiasa berusaha mendidik anak muridnya menjadi usahawan yang berjaya. Kesungguhan ini dibuktikan dengan menganjurkan dan menyertai beberapa kursus anjuran Angkasa, MKM, SKM, serta perlaksanaan Program Pembudayaan Keusahawanan peringkat negeri dan sedang dilakasanakan. Sebagai makluman ianya merupakan tahun kedua perlaksanaan. Pada tahun 2009, wakil kumpulan sekolah telah menjadi naib johan peringkat negeri Sabah dibawah anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Sabah.

Kerjasama yang erat dengan beberapa agensi koperasi seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Sabah, Angkasa Sabah/ Pusat dan Maktab Kerjasama Malaysia telah membuahkan hasil yang baik dan cemerlang diperingat negeri mahu pun kebangsaan. Kekuatan koperasi ini juga bergantung kepada anggota lembaga koperasi yang begitu komited dan bersemangat untuk memajukan dan menjayakan sebarang aktiviti koperasi bersesuaian dengan amalan, nilai dan semangat koperasi.



SENARAI HARGA BARANG KOPERASI SMK LABUAN BERHAD


Pad Peperiksaan Subjektif
Fail Rekod Kemajuan
A) ALAT TULIS 

1. BUKU LATIHAN BIASA : RM 0.70
2. BUKU LATIHAN MATEMATIK : RM 0.70
3. BUKU NOTA A4 : RM 3.50
4. BUKU NOTA SAINS : RM 2.80
5. PAD PEPERIKSAAN SUBJEKTIF : RM 2.50
6. PAD PEPERIKSAAN OBJEKTIF : RM 2.20
7. FAIL PERIBADI : RM 1.50
8. FAIL REKOD KEMAJUAN : RM 3.50
9. FAIL PEKA SAINS : RM 1.50
10. BUKU LEJAR  : RM 1.70
11. BUKU GRAF : RM 2.00
12. BUKU PAFA : RM 3.30
13. BUKU KOKUM M.ATAS : RM 2.50
14. BUKU KOKUM M.RENDAH : RM 2.50
15.BUKU SEGAK : RM 1.20
Seluar Sukan
Baju Sukan
16.PENSEL SMK LABUAN : RM 1.00
17. KERTAS LUKISAN( 1 KEPING) : RM 1.00
18. PEN : RM 1.00
19. PEMADAM : RM 0.50
20. PROTAKTOR : RM 0.60
21. PEMBARIS :RM.0.50

B)  PAKAIAN

1. BAJU SUKAN : RM25.00
2. TALI LEHER BIRU/MAROON: RM8.50
3. BAJU BERUNIFORM (PANCARAGAM) : RM25.00
4.LENCANA SEKOLAH : RM 0.80
5. LENCANA SESI PETANG : RM 0.40

C) LAIN-LAIN

1. BERAS AAA : RM 41.00 (10kg) , RM 21.00 (5kg)
2. BERAS VIETNAM : RM 25.00 (10kg) , RM 13.00 (5kg)
3. TEPUNG : RM 2.40 (per-kg)
4. MINYAK MASAK : RM 2.60 (per-kg)
5. TISU : RM 0.30