Monday, 3 September 2012

KOPERASI SMK LABUAN BERHAD

KOPERASI SMK LABUAN  BERHAD telah ditubuhkan pada 31 Oktober 1990 dan telah didaftarkan dengan angkasa : SB 0056 dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia RCS 484/90. Koperasi ini telah berkembang sebagai sebuah intiti yang banyak membantu sekolah khususnya pelajar dan guru yang menjadi anggota koperasi. Diperingkat negeri Sabah, koperasi SMK Labuan Bhd pernah menjuarai beberapa ketagori pertandingan dan anugerah. Antaranya , Anugerah Kualiti Koperasi Peringkat Negeri Sabah tahun 1999 dan 2007, Anugerah Pengurusan Kualiti Jabatan Pelajaran Labuan 2009, Anguerah Koperasi Lima Bintang (HKS) tahun 2007 dan 2008.

Hala tuju koperasi SMK Labuan adalah jelas iaitu menjadi sebuah koperasi yang dapat membantu ahli dan warga sekolah mencapai matlamat menjadi sebuah koperasi yang cemerlang. Selain itu koperasi ini sentiasa berusaha mendidik anak muridnya menjadi usahawan yang berjaya. Kesungguhan ini dibuktikan dengan menganjurkan dan menyertai beberapa kursus anjuran Angkasa, MKM, SKM, serta perlaksanaan Program Pembudayaan Keusahawanan peringkat negeri dan sedang dilakasanakan. Sebagai makluman ianya merupakan tahun kedua perlaksanaan. Pada tahun 2009, wakil kumpulan sekolah telah menjadi naib johan peringkat negeri Sabah dibawah anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Sabah.

Kerjasama yang erat dengan beberapa agensi koperasi seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Sabah, Angkasa Sabah/ Pusat dan Maktab Kerjasama Malaysia telah membuahkan hasil yang baik dan cemerlang diperingat negeri mahu pun kebangsaan. Kekuatan koperasi ini juga bergantung kepada anggota lembaga koperasi yang begitu komited dan bersemangat untuk memajukan dan menjayakan sebarang aktiviti koperasi bersesuaian dengan amalan, nilai dan semangat koperasi.



SENARAI HARGA BARANG KOPERASI SMK LABUAN BERHAD


Pad Peperiksaan Subjektif
Fail Rekod Kemajuan
A) ALAT TULIS 

1. BUKU LATIHAN BIASA : RM 0.70
2. BUKU LATIHAN MATEMATIK : RM 0.70
3. BUKU NOTA A4 : RM 3.50
4. BUKU NOTA SAINS : RM 2.80
5. PAD PEPERIKSAAN SUBJEKTIF : RM 2.50
6. PAD PEPERIKSAAN OBJEKTIF : RM 2.20
7. FAIL PERIBADI : RM 1.50
8. FAIL REKOD KEMAJUAN : RM 3.50
9. FAIL PEKA SAINS : RM 1.50
10. BUKU LEJAR  : RM 1.70
11. BUKU GRAF : RM 2.00
12. BUKU PAFA : RM 3.30
13. BUKU KOKUM M.ATAS : RM 2.50
14. BUKU KOKUM M.RENDAH : RM 2.50
15.BUKU SEGAK : RM 1.20
Seluar Sukan
Baju Sukan
16.PENSEL SMK LABUAN : RM 1.00
17. KERTAS LUKISAN( 1 KEPING) : RM 1.00
18. PEN : RM 1.00
19. PEMADAM : RM 0.50
20. PROTAKTOR : RM 0.60
21. PEMBARIS :RM.0.50

B)  PAKAIAN

1. BAJU SUKAN : RM25.00
2. TALI LEHER BIRU/MAROON: RM8.50
3. BAJU BERUNIFORM (PANCARAGAM) : RM25.00
4.LENCANA SEKOLAH : RM 0.80
5. LENCANA SESI PETANG : RM 0.40

C) LAIN-LAIN

1. BERAS AAA : RM 41.00 (10kg) , RM 21.00 (5kg)
2. BERAS VIETNAM : RM 25.00 (10kg) , RM 13.00 (5kg)
3. TEPUNG : RM 2.40 (per-kg)
4. MINYAK MASAK : RM 2.60 (per-kg)
5. TISU : RM 0.30

3 comments:

  1. Perlu penambahbaikan....

    ReplyDelete
  2. Sertai Rakan Koperasi 1KUBSB
    ...dapatkan diskaun, baucar dan rebat tunai untuk koperasi tuan/puan. Cepat, tawaran TERHAD!

    ReplyDelete
  3. Respect and that i have a nifty offer: Who Does House Renovation remodel outside of house

    ReplyDelete