Hari Koperasi SMK Labuan telah dijalankan pada 8hb Julai 2012. Berbagai pameran dan aktiviti telah diadakan. Beberapa agensi telah menyertai aktiviti pameran dan sebanyak 36 gerai telah mengambil bahagian dalam aktiviti jualan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti pertandingan PPKKS, permainan Petanque, pertandingan Karaoke, mewarna, melukis poster dan menulis karangan. Hari Koperasi ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Labuan, Puan Mistrine Radin. Pokok palma juga ditanam bagi menandakan perasmian tersebut.
![]() |
| Maskot semasa Hari Koperasi yang telah menarik minat para kanak-kanak untuk bergambar bersama. |
![]() |
| Pertandingan mewarna yang diikuti oleh kanak-kanak yang berumur 4-12 tahun. |
![]() |
| Suasana di gerai jualan. |
![]() |
| Beberapa buah kereta terkini yang dipamerkan di "booth" pameran kereta. |




No comments:
Post a Comment