Tuesday, 4 September 2012

AKTIVITI LAWATAN KOPERASI

Pada tahun 2011, Koperasi SMK Labuan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Koperasi SMK Takis, Papar, Sabah. Berbagai aktiviti telah dijalankan semasa lawatan tersebut. Aktiviti pertama adalah melihat monyet Proboscis dan kunang-kunang di Sungai Klias. Pada keesokan harinya, lawatan ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi dan UMS. Pada sebelah malam pula, aktiviti malam kebudayaan telah dijalankan. Pada hari terakhir lawatan, para peserta telah dibawa berjalan-jalan di Pekan Papar. Lawatan ini membawa banyak kebaikan kepada para peserta kerana ianya penuh dengan informasi tentang kraftangan, hidupan liar dan lain-lain lagi. Para peserta merasa sungguh seronok mendapat peluang melihat monyet Proboscis dan kunang-kunang yang berada di habitat semulajadinya.
Peserta lawatan melihat monyet proboscis dan kunang-kunang.
Gambar peserta dari Koperasi SMK Labuan Berhad.


Gambar bersama peserta Koperasi SMK Labuan Bhd dan Koperasi SMK Takis.

Sesi taklimat semasa melawat Taman Hidupan Liar Lok Kawi.

1 comment: